Sunday, 29 January 2017

Anniversary Berhenti Kerja

Pejam celik pejam celik hari ini genap 3 tahun saya berhenti kerja makan gaji dan fokus kepada bisnes saya secara fulltime. Aturan Allah memang cantik. Di izinkan saya bekerja dengan orang dulu sebelum menguruskan sendiri bisnes untuk belajar selok belok dunia bisnes sebenar.
-
Lepas grad dari Multimedia University terus bekerja di syarikat tersebut sebagai Account Executive sehinggalah resign tahun 2014. 12 tahun lamanya di situ. Walaupun jawatan sebenar sebagai Account Executive, tapi job scope saya lebih daripada itu. Multi tasking katanya. Account, admin, HR, Clerical, Customer Service, Collection dan Management semuanya terlibat. Bekerja dengan cina kesemuanya, hanya saya sahaja melayu di situ. Memang tiada masa untuk membuang masa untuk melepak, berborak kosong dengan ofismet sewaktu waktu bekerja. Setiap saat sentiasa sibuk. Dari situlah saya banyak belajar menguruskan masa, orang dan bekerjasama dengan semua.
-
Semasa mengambil keputusan berhenti ramai yang terkejut. Bos pun puas memujuk untuk terus bekerja di situ. Ada yang kata belajar tinggi-tinggi tapi nak bekerja di rumah je? Konon tak glemer la apa la.. Tapi saya tetap dengan pendirian saya. Alhamdulillah sehingga kini, tiada sedikit pun sesalan daripada keputusan ini.

Sunday, 22 January 2017

Di mana boleh Dapatkan Figemmo Custard Creampuff

Assalamualaikum semua..

Di tahun 2017 ini, alhamdulillah kini peminat tegar Figemmo Custard Creampuff boleh mendapatkan dessert laku keras ini di 3 restoran iaitu di :

(1) Restoran Jaring, Bandar Sunway
(2) Restoran Sajian Utara, Jln SS5B, Kelana Jaya
(3) Samira Cafe, Jln SS5B, Kelana Jaya.

Walau bagaimanapun uol semua masih boleh whatsapp ke 013-2440183 untuk mendapatkannya terus daripada kami.




Sunday, 8 January 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum semua..

Pejam celik dah 8 hari berlalu di tahun 2017 ini. Bagi saya tahun 2017 ini agak mencabar kerana kedua-dua putera puteri saya sudah pun bersekolah.

Walau bagaimanapun saya tetap yakin lama kelamaan masalah susah bangun pagi, masalah menyusun jadual harian ini pasti akan dapat di atasi juga. Tahniah buat Muhammad Amir yang dah pun berada di Tshun 2. Juga selamat menempuh alam pesrkolahan buat Marissa Aisyah yang memasuki pra sekolah.