Saturday, 7 December 2013

Takziah buat Mangsa Banjir Kuantan 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua. Syukur di atas nikmat umur & kesihatan kita pada hari ini. Dalam kita sibuk bergembira bersama keluarga tersayang di hujung minggu ni jangan lupa pada saudara kita di Kuantan terutamanya yang sedang menghadapi dugaan banjir sekarang ni. Sedih melihat gambar & mendengar cerita dari sahabat2 yang sedang mengalaminya. Bersabarlah menghadapi dugaan Allah ini. Yakinlah akan diberikan sesuatu yang lebih baik selepas ini nanti. Setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Takziah dari saya buat semua mangsa2 banjir. Jom pakat sama2 kita bantu selagi mampu.. :)


Tuesday, 3 December 2013

Tips Memastikan Kek Tahan Lama

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk menjaga ketahanan kek. Biasanya kek yang di bakar adalah lebih tahan lama jika dibandingkan dengan kek yang dikukus. Untuk memastikan lagi lama pastikan disimpan di dalam peti sejuk. Biasanya, kilang2 roti & syarikat2 pengeluar roti & kek yang besar akan menggunakan bahan pengawet yang di panggil Potassium Sorbate atau Sodium Benzoate. Seperti kita semua sedia maklum penggunaan bahan pengawet yang berterusan amatlah tidak baik untuk kesihatan. Sebagai ganti kepada 2 bahan pengawet ini saya menyarankan semua untuk menggantikannya dengan memasukkan 1 sudu teh cuka makan ke dalam setiap adunan kek. Ini adalah jauh lebih selamat & mudah. Selamat mencuba... :)