Tuesday, 3 December 2013

Tips Memastikan Kek Tahan Lama

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk menjaga ketahanan kek. Biasanya kek yang di bakar adalah lebih tahan lama jika dibandingkan dengan kek yang dikukus. Untuk memastikan lagi lama pastikan disimpan di dalam peti sejuk. Biasanya, kilang2 roti & syarikat2 pengeluar roti & kek yang besar akan menggunakan bahan pengawet yang di panggil Potassium Sorbate atau Sodium Benzoate. Seperti kita semua sedia maklum penggunaan bahan pengawet yang berterusan amatlah tidak baik untuk kesihatan. Sebagai ganti kepada 2 bahan pengawet ini saya menyarankan semua untuk menggantikannya dengan memasukkan 1 sudu teh cuka makan ke dalam setiap adunan kek. Ini adalah jauh lebih selamat & mudah. Selamat mencuba... :)

No comments:

Post a Comment