Tuesday, 25 November 2014

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2014

Assalamualaikum semua..

Sedar tak sedar musim persekolahan sessi 2014 dah pun berakhir. Seronoklah anak-anak yang bersekolah juga cikgu-cikgu. Bestnya kan bercuti hingga tahun depan tu. Rancanglah aktiviti yang berfaedah bersama anak-anak anda ye.

Bagi saya sendiri ni kali pertama dapat bersama anak-anak di musim cuti persekolahan akhir tahun yang panjang ni. Maklumlah tahun lepas masih lagi bekerja sepenuh masa. Alhamdulillah syukur sangat2 rasa kerana diizinkan oleh Allah untuk menikmati peluang sebegini.  Nikmat tak terkata rasanya bila berada di samping keluarga tersayang. Teringin juga nak bawa anak-anak bercuti tapi tak tahu nak ke mana. Lagipun sehingga saat dan ketika ini big boss masih sibuk dengan tugasnya. Sekarang pun kami 3 beranak ditinggalkan demi tugasannya di Johor Bahru.

Moga-moga dapat juga kami jalan-jalan nanti ;). Jika teman-teman ada cadangan tempat-tempat menarik, sudilah kiranya berkongsi dengan saya.


Monday, 10 November 2014

Resepi Homemade Churros

Assalamualaikum semua. Ada peminat churros tak kat sini? Atas permintaan ramai kawan2 sy, sy nak share resepi homemade churros w chocolate sauce yg sy buat semlm. Senang je...

Bahan:
125gm butter
250ml air
150gm gandum diayak
3biji telur
Minyak secukupnya utk menggoreng

Salutan gula - satukan
60gm gula custor
2sudu kecil serbuk kayu manis

Sos coklat
50ml thickened cream
120gm cooking chocolate, potong kecil, masak double boil
** nak senang guna je hersheys choc sauce :)

Cara: 
- Masak air + butter hingga cair & mendidih
- Masuk tepung & kacau cepat2 hingga jd doh & tak melekat di periuk
- Angkat & biar suam. Masukkan telur satu persatu. Kacau rata.
- Masukkan dlm piping beg & guna nozzle bintang
-Panaskan minyak. Pipe terus dlm minyak. Kecilkan api so x hangit masa tgh pipe
-Goreng hingga perang

Note: nak senang & cepat, order je Figemmo Churros :). Whatsapp/call untuk tempahan 013-2440183