Monday, 1 December 2014

Mengaji Al-Quran Semudah AEIOU

Salam Isnin permulaan Disember buat semua follower blog Figemmo.  Hari ni saya tak nak berkongsi berkenaan resepi atau tips-tips baking tetapi nak berkongsi sedikit saham akhirat sahabat FB saya Ustaz Zamir Aizat.

Syabas saya ucapkan kepada beliau kerana telah berjaya mencipta teknik terkini bacaan Al-Quran. Saya baru sahaja habis melihat kandungan di dalam video interaktif Teknik Al-Fateh yang direka sendiri oleh Ustaz Zamir Aizat ini. 

Alhamdulillah saya rasa sangat-sangat bermanfaat terutama untuk ibu bapa yang ingin mengajar sendiri anaknya mengaji Quran.  Dengan suara yang jelas & mudah difahami, juga mudah untuk di bawa ke mana-mana, kini tiada alasan lagi untuk kita mengajar sendiri. Juga sangat sesuai untuk mereka yang sudah pandai membaca Al-Quran tetapi tidak lancar. Daripada membiarkan masa anak-anak dihabiskan dengan bermain game atau menonton youtube sahaja sepanjang cuti persekolahan ini, apa kata kita ambil sedikit masa mereka untuk belajar membaca Al-Quran dengan menggunakan DVD interaktif ini. Saya yakin anda juga akan berpuashati memiliki DVD ini. Kini mengaji Al-Quran semudah AEIOU.


No comments:

Post a Comment