Wednesday, 10 September 2014

Figemmo Sekaya Telur



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua.. Hari ni saya nak berkongsi sedikit pengalaman semalam bermain masak-masak. Tetiba je tekak ni terasa nak makan dessert tradisional yang berasal daripada Kelantan ni. Memang Sekaya adalah salah satu kueh kegemaran saya semenjak kecil lagi terutamanya di musim bulan puasa. Sedap sangat dimakan sejuk-sejuk. 

So, terus google & jumpa resepi di blog aziejaya.  Terima kasih kerana berkongsi resepi yang best ni. Jom kita layan resepi:

Bahan:
6 biji telur itik (saya guna telur ayam je)
1/2 cawan gula melaka (1/2 keret besar)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
Garam secukupnya
3-4 bunga cengkih (saya tak minat rempah so letak 2 biji sahaja)

Cara:
Satukan semua bahan & pukul ringan hingga sebati
Alas loyang dengan plastik. Tapis dalam loyang 7'
Masukkan semula cengkih tadi. 
Panaskan pengukus sehingga air mendidih
Masukkan loyang dalam kukusan & kukus dengan api sederhana selama 30min.
Angkat & sejukkan sebelum potong

Monday, 8 September 2014

Tips untuk anak yang lambat bercakap

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..

Hari ni tak nak bercerita tentang resipi, tips baking @ apa sahaja berkaitan makanan tetapi terasa nak berkongsi sedikit ilmu yang saya baca di internet mengenai petua terbaik yang boleh diamalkan oleh ibu bapa yang risaukan anak mereka yang lambat dapat bercakap walaupun umurnya sudahpun 2 tahun lebih.

Caranya mudah sahaja. Bacakan surah al-fatihah & doa di bawah ini pada madu & sapukan madu tersebut di bawah lidah kanak-kanak tersebut. InsyaAllah sentiasa amalkan sehingga berjaya.


Saturday, 6 September 2014

Figemmo Rainbow Cookies

Assalamualaikum & salam buat semua..

Hari ni saya seronok sekali bermain dengan warna-warna pelangi yang cukup ceria. Semoga hari-hari mendatang juga akan seceria sang pelangi..hehehe..

Ketika membuat biskut ini, si adik tengah lena. Memang dah plan nak buat bila dia tido sebab dah tahu kanak-kanak pasti tertarik dengan warna ni. Nampak je dia lelap terus saya buat ingatkan si abang tak minat rupa-rupanya Amir pun minat jugak. Sepanjang proses pipe hingga cookies masak dia sanggup tunggu umminya buat. Asyik mintak nak tolong buat je. Masak je terus terkam..hehehe.. Nasib baik dapat banyak jugak.  Resipinya saya gunakan je yang ada di internet ni. Memang sedap. Cubalah untuk yang rajin. Tapi kalau malas boleh je order dengan saya.. ;-)

Bahan:
250gm butter
175gm gula castor
50gm tepung jagung
1/4tsp emplex
100gm putih telur (+- 3biji)
200gm gandum

Cara:
- Ayak gandum, tepung jagung & emplex
- Putar butter & gula hingga kembang
- Masukkan putih telur. Putar lagi.
- Masukkan tepung (kaup balik) dgn spatula
- Bahagi kepada 6 bahagian utk 6 warna pelangi (merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu)
- Masukkan dlm plastik piping & pipe atas adunan
- Bakar 160celcius selama 15min

Tuesday, 2 September 2014

Teknik tampalan Edible Image di kek

Assalamualaikum & salam buat semua pembaca blog Figemmo. Beribu kemaafan dipinta kerana sudah bersawang blog ni tanpa sebarang update. Pelbagai persiapan dilakukan dalam usaha menjadi full time baker ni tambahan lagi saya sedang membina 2 jenama produk bakery iaitu Figemmo & Baking Queen (JV bersama sahabat saya Catriona Ross).

Alhamdulillah baru sekarang dapat meluangkan kembali masa untuk berkongsi info dengan sahabat semua. Rindu teramat sangat sebenarnya untuk blogging ni.

Hari ini saya nak berkongsi sedikit teknik tampalan edible image pada kek. Jangan sesekali kita menampal terus edible image di atas frosting kek kerana kebarangkalian untuk edible image tu berkedut & berfelembung adalah sangat tinggi terutamanya edible image yang besar.

Untuk mendapatkan tampalan yang kemas dan cantik, kita perlu meletakkan white chogolate yang telah dicairkan secara double boiler di sebelah belakang edible image tersebut. Ratakan white chocolate di seluruh imej & tunggu sehingga ia mengering. Boleh diletakkan di dalam peti sebentar untuk mempercepatkan proses pengeringan. Ok..selamat mencuba ya!! Ini contoh kek edible image yang saya buat.. :-)