Assalamualaikum semua.. salah satu makanan feveret anak2 saya adalah donut coklat. Selalu di tanya saya bila lagi nak buat. Di sini saya ingin berkongsi resipi dengan sahabat2 yg teringin nak membuat sendiri donut coklat yang lembut & sedap...
Bahan-bahan:
500gm tepung berprotein tinggi / tepung gandum
1 peket yis segera - 11grm
50gm mentega / marjerin
1 sudu besar shortening
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu pekat / 2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
190 - 200ml air suam kuku
** 100gm Coklat Masakan
** 1 sudu teh mentega
** 1 sudu besar whipping cream
** colourful rice
Note: ** adalah utk topping
Cara-cara:
- Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, mentega & shortening. Kacau sedikit dan biarkan 8-10 minit.
- Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam bekas adunan. Masukkan telur yang dipukul sedikit & juga garam. Kacau adunan sehingga sebati & melekat pada sudu (bila dah sebati kacau satu arah je guna sudu).
- Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli dgn tangan - tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
- Uli sehingga doh sebati & tidak melekat di tangan (sisa tepung kat bekas pun semua bersih).
- Tak perlu rehatkan doh. Boleh terus dicanai setebal setengah inci. Boleh tambah tepung kalau adunan agak lembik ketika ini.
- Terap doh mengikut acuan donut atau apa2 bentuk yang digemari. Doh akan mula mengembang & ringan sementara minyak dipanaskan denagn api perlahan.
Utk topping
- Masakkan coklat masakan secara "double boiler"
- Masukkan mentega & whipping cream
- Kacau sehingga semua cair
Apabila donut yg digoreng tadi sejuk bolehlah disalut bersama coklat & ditabur colourful rice. Sebenarnya topping boleh divariasikan dgn pelbagai warna & perisa. Juga boleh dihias dgn pelbagai bahan mengikut kesukaan masing2....selamat mencuba.. :)...