Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua. Pasti ramai antara kita especially yang baru menceburkan diri dalam bidang baking ni masih tak boleh bezakan fungsi antara dairy & non-dairy whipping cream. Saya sendiri pun dahulu pernah alami masalah ni... :).
Non-dairy whipping cream digunakan untuk menghias kek. Cecairnya akan mengembang 3-4 kali ganda bila dipukul dan ianya akan menjadi kental. Ianya tidak perlu ditambah gula kerana sememangnya dah manis & berkrim.
Manakala Dairy whipping cream tidak sesuai digunakan untuk menghias kek. Ianya mudah mencair & sentiasa berada dalam keadaan sejuk. Sekiranya dibiarkan pada suhu bilik bentuknya tidak kekal lama. Sekiranya terlebih pukul juga ia akan mencair. Ianya digunakan dalam masakan2 barat, untuk hiasan ringkas di atas aiskrim/pencuci mulut sahaja chocolate ganache @ puding. Biasanya ianya tawar & perlu ditambah gula aising.
Gambar: ihsan google
No comments:
Post a Comment