Bahan-bahan:
500gm tepung berprotein tinggi / tepung gandum
1 peket yis segera - 11grm
50gm mentega / marjerin
1 sudu besar shortening
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu pekat / 2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
190 - 200ml air suam kuku
** 100gm Coklat Masakan
** 1 sudu teh mentega
** 1 sudu besar whipping cream
** colourful rice
Note: ** adalah utk topping
Cara-cara:
- Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, mentega & shortening. Kacau sedikit dan biarkan 8-10 minit.
- Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam bekas adunan. Masukkan telur yang dipukul sedikit & juga garam. Kacau adunan sehingga sebati & melekat pada sudu (bila dah sebati kacau satu arah je guna sudu).
- Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli dgn tangan - tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
- Uli sehingga doh sebati & tidak melekat di tangan (sisa tepung kat bekas pun semua bersih).
- Tak perlu rehatkan doh. Boleh terus dicanai setebal setengah inci. Boleh tambah tepung kalau adunan agak lembik ketika ini.
- Terap doh mengikut acuan donut atau apa2 bentuk yang digemari. Doh akan mula mengembang & ringan sementara minyak dipanaskan denagn api perlahan.
Utk topping
- Masakkan coklat masakan secara "double boiler"
- Masukkan mentega & whipping cream
- Kacau sehingga semua cair
Apabila donut yg digoreng tadi sejuk bolehlah disalut bersama coklat & ditabur colourful rice. Sebenarnya topping boleh divariasikan dgn pelbagai warna & perisa. Juga boleh dihias dgn pelbagai bahan mengikut kesukaan masing2....selamat mencuba.. :)...
No comments:
Post a Comment