Thursday, 24 October 2013

Tips Menghasilkan Kek Lembut, Gebu & Cantik

Di sini ingin dikongsikan beberapa tips bagi memastikan kek yang kita hasilkan menjadi  lembut, gebu & cantik:

* Sebelum memulakan tugas menyediakan adunan, pastikan semua bahan2 siap ditimbang supaya bila tiba masa untuk digunakan nanti kita boleh terus memasukkannya ke dalam adunan. Pastikan timbang menggunakan penimbang metrik, cawan metrik & juga sudu sukatan

* Tepung gandum juga diayak siap2

* Pastikan bahan-bahan terutamanya mentega berada pada suhu bilik. Mentega yg sejuk jika diputar bersama telur & gula akan mengambil masa yang lama utk mengembang. Adunan yang tidak cukup kembang akan menyebabkan kek bantat dan teksturnya tidak cantik.

* Mentega hendaklah dipukul sehingga berkrim

* Telur haruslah dipukul satu persatu untuk memastikan udara masuk

* Jangan pukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam mentega memadailah sehingga ianya sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya & menyebabkan kek menjadi keras

* Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum adunan kek dimasukkan

* Letakkan loyang kek di bahagian tengah2 oven

* Jangan membuka oven sebelum kek masak


Semoga berjaya... :)

No comments:

Post a Comment