Ya Allah tak terluah dengan perkataan rasanya melihat gambar-gambar yang diberikan sahabat2 mangsa banjir di Kelantan. Ini lah antara gambar2 yang cukup menginsafkan. Semoga Allah menggantikan mereka dengan sesuatu yang lebih baik selepas ini. Biarlah gambar yang berbicara..
Monday, 29 December 2014
Tips Mengendalikan Kereta yang Tenggelam Akibat Banjir
INFO PENTING UNTUK MANGSA BANJIR...
Kebanyakan harta benda akan musnah jika “banjir” sudah mengetuk pintu rumah anda, termasuklah kereta. Malang sekali, hampir semua insurans kereta tidak memberi perlindungan jika kereta dilanda bencana alam, seperti ditimpa pokok, diterbalikan oleh ribut kencang, dan termasuklah kereta yang ditenggelami air banjir.
Apabila terkena banjir teruk, kereta yang ditenggelami separa atau sepenuhnya sering diklasifikasikan sebagai “totaled”, “gone case”, lalu terpaksa dilupuskan. Walau bagaimanapun, sesetengah kereta ini, berakhir di kedai kereta terpakai.
Pembeli perlu berhati-hati, kerana tidak semua peniaga akan berterus terang dengan anda apabila kereta tersebut pernah rosak disebabkan banjir, dan ia bakal menjejaskan kewangan anda suatu hari nanti. Walaupun kereta kelihatan baik dan seolah-olah berfungsi dengan baik , masalah yang bakal menelan belanja mahal boleh muncul kemudian hari disebabkan hakisan karat yang terus menjalar di dalam komponen kritikal. Selain daripada wang, kereta seperti ini boleh membahayakan pemandu dan mungkin boleh membawa maut.
Perkara Pertama Anda Perlu Lakukan Selepas Banjir - Apabila Kereta Tenggelam Semasa Banjir
Apabila banjir telah surut, anda perlulah buat pemeriksaan ke atas kenderaan anda.
Jangan hidupkan atau cuba hidupkan enjin kereta seandainya kereta anda tenggelam semasa banjir.
Tindakan menghidupkan enjin akan menyebabkan kereta anda mengalami kerosakan lebih teruk. Pastikan pihak kereta penunda, atau ejen bengkel tidak berbuat tindakan serupa - satu taktik kotor untuk anda bayar lebih bagi ganti kerosakan.
Apabila enjin dihidupkan, aliran elektrik mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut akan alami kerosakan serius dan terpaksa diganti.
Kos untuk sebuah kotak komputer adalahlebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.
Contohnya, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.
Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).
Apabila sampai ke bengkel, periksa bahagian yang terkena air terutama bahagian elektronik dan rungkaikan semua kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.
Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari).
Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.periksa dulu benda benda ini
Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu).
Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air.
Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear. Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).
P/S : washing machine, peti ais n brg2 elektrik dan lain lain pun mcm tu.... jmur dulu bg kering pastu baru on..
sekian
motorsport for life!!!!
[FB : Lai Fatt Chua]
Sunday, 28 December 2014
Banjir di Kelantan 2014
Baru hari ni berpeluang mencoret sedikit mengenai banjir yang melanda Pantai Timur. Kelantan iaitu negeri tanah tumpah darahku mencatat sejarah banjir terburuk pada tahun ini.
Rumah orang tua saya di Kota Bharu yang tak pernah dinaiki air juga kali ni dinaiki air separas lutut di kala ini. Semoga semakin surut memandangkan dikhabarkan di kawasan sekitarnya ada yang telah surut.
Ya Allah hanya padaMu aku bermohon moga diberi kesabaran & keimanan yang tinggi buat kedua ibubapaku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku serta hamba-hambamu yang lain. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya walaupun saya tidak mengalami sendiri keadaan di sana tetapi saya tidak senang duduk, tido & makan juga tidak tenang mengenangkan nasib mereka. Air mata menjadi peneman setia setiap kali membaca coretan & melihat gambar-gambar yang di hantar oleh saudara & sahabat-sahabat.
Antara gambar-gambar yang cukup menyayat hati saya...
![]() |
Di Kuala Krai. Hanya bumbung sekolah yang kelihatan |
![]() |
Rumah ibubapa saya yang tak pernah dinaiki air |
![]() |
Lorong masuk ke rumah ibubapa saya yang tidak pernah dinaiki air |
Monday, 1 December 2014
Mengaji Al-Quran Semudah AEIOU
Salam Isnin permulaan Disember buat semua follower blog Figemmo. Hari ni saya tak nak berkongsi berkenaan resepi atau tips-tips baking tetapi nak berkongsi sedikit saham akhirat sahabat FB saya Ustaz Zamir Aizat.
Syabas saya ucapkan kepada beliau kerana telah berjaya mencipta teknik terkini bacaan Al-Quran. Saya baru sahaja habis melihat kandungan di dalam video interaktif Teknik Al-Fateh yang direka sendiri oleh Ustaz Zamir Aizat ini.
Alhamdulillah saya rasa sangat-sangat bermanfaat terutama untuk ibu bapa yang ingin mengajar sendiri anaknya mengaji Quran. Dengan suara yang jelas & mudah difahami, juga mudah untuk di bawa ke mana-mana, kini tiada alasan lagi untuk kita mengajar sendiri. Juga sangat sesuai untuk mereka yang sudah pandai membaca Al-Quran tetapi tidak lancar. Daripada membiarkan masa anak-anak dihabiskan dengan bermain game atau menonton youtube sahaja sepanjang cuti persekolahan ini, apa kata kita ambil sedikit masa mereka untuk belajar membaca Al-Quran dengan menggunakan DVD interaktif ini. Saya yakin anda juga akan berpuashati memiliki DVD ini. Kini mengaji Al-Quran semudah AEIOU.
Tuesday, 25 November 2014
Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2014
Assalamualaikum semua..
Sedar tak sedar musim persekolahan sessi 2014 dah pun berakhir. Seronoklah anak-anak yang bersekolah juga cikgu-cikgu. Bestnya kan bercuti hingga tahun depan tu. Rancanglah aktiviti yang berfaedah bersama anak-anak anda ye.
Bagi saya sendiri ni kali pertama dapat bersama anak-anak di musim cuti persekolahan akhir tahun yang panjang ni. Maklumlah tahun lepas masih lagi bekerja sepenuh masa. Alhamdulillah syukur sangat2 rasa kerana diizinkan oleh Allah untuk menikmati peluang sebegini. Nikmat tak terkata rasanya bila berada di samping keluarga tersayang. Teringin juga nak bawa anak-anak bercuti tapi tak tahu nak ke mana. Lagipun sehingga saat dan ketika ini big boss masih sibuk dengan tugasnya. Sekarang pun kami 3 beranak ditinggalkan demi tugasannya di Johor Bahru.
Monday, 10 November 2014
Resepi Homemade Churros
Assalamualaikum semua. Ada peminat churros tak kat sini? Atas permintaan ramai kawan2 sy, sy nak share resepi homemade churros w chocolate sauce yg sy buat semlm. Senang je...
Bahan:
125gm butter
250ml air
150gm gandum diayak
3biji telur
Minyak secukupnya utk menggoreng
Salutan gula - satukan
60gm gula custor
2sudu kecil serbuk kayu manis
Sos coklat
50ml thickened cream
120gm cooking chocolate, potong kecil, masak double boil
** nak senang guna je hersheys choc sauce :)
Cara:
- Masak air + butter hingga cair & mendidih
- Masuk tepung & kacau cepat2 hingga jd doh & tak melekat di periuk
- Angkat & biar suam. Masukkan telur satu persatu. Kacau rata.
- Masukkan dlm piping beg & guna nozzle bintang
-Panaskan minyak. Pipe terus dlm minyak. Kecilkan api so x hangit masa tgh pipe
-Goreng hingga perang
Note: nak senang & cepat, order je Figemmo Churros :). Whatsapp/call untuk tempahan 013-2440183
Saturday, 25 October 2014
Selamat Tahun Baru 1436H
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca blog Figemmo.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1436H. Jom sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini dalam apa jua bidang semoga hidup kita akan lebih diberkati & dirahmati. Bagi saya sendiri selaku pengasas produk bakeri jenama Figemmo, tahun 1436H ini bakal saya jadikan titik tolak untuk lebih berusaha dalam menbangunkan produk saya di samping menambahkan lagi amalan- amalan kebaikan untuk bekalan saya ke sana.. InsyaAllah. Saya amat bersyukur kerana semenjak bekerja sendiri, terasa lebih banyak masa dapat diluangkan untuk mendekatiNya.
Tuesday, 21 October 2014
Takwim Persekolahan 2015
Assalamualaikum semua..
Hari ni nak share takwim persekolahan tahun 2015. Khas ditujukan untuk semua ibubapa yang bercadang untuk bercuti bersama anak-anak pada tahun hadapan. Pejam celik pejam celik dah nak sampai ke penghujung 2014 dah sekarang ni ya..OK, semoga dapat memberi manfaat buat semua..
Monday, 20 October 2014
Resepi Homemade Aiskrim Oreo Yang Best!
Anak-anak saya memang peminat tegar aiskrim. Pantang lalu depan 99 Speedmart, 7 Eleven @ pasar mini mesti mintak belikan aiskrim. Tak kisah aiskrim apa janji namanya aiskrim. Minggu lepas tergerak hati nak google tengok resepi homemade aiskrim & terjumpa resepi aiskrim oreo yang bahannya sangatlah mudah & cara pun senang. Apa lagi teruslah masuk dapur untuk cuba.
Ni resepi & cara buatnya. Cubalah..
1/2 tin susu pekat (kurangkan sikit if tak minat manis sgt. Dalam 1/3 dah cukup)
1 1/2 cup full cream milk
1ts esen vanilla
1tbs ovalette
Biskut oreo dihancurkan
Mix semua bahan kecuali biskut & putar hingga kembang & gebu. Masukkan biskut oreo & gaul rata. Bekukan...
Wednesday, 10 September 2014
Figemmo Sekaya Telur
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..
Hari ni saya nak berkongsi sedikit pengalaman semalam bermain masak-masak. Tetiba je tekak ni terasa nak makan dessert tradisional yang berasal daripada Kelantan ni. Memang Sekaya adalah salah satu kueh kegemaran saya semenjak kecil lagi terutamanya di musim bulan puasa. Sedap sangat dimakan sejuk-sejuk.
So, terus google & jumpa resepi di blog aziejaya. Terima kasih kerana berkongsi resepi yang best ni. Jom kita layan resepi:
Bahan:
6 biji telur itik (saya guna telur ayam je)
1/2 cawan gula melaka (1/2 keret besar)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
Garam secukupnya
3-4 bunga cengkih (saya tak minat rempah so letak 2 biji sahaja)
Cara:
Satukan semua bahan & pukul ringan hingga sebati
Alas loyang dengan plastik. Tapis dalam loyang 7'
Masukkan semula cengkih tadi.
Panaskan pengukus sehingga air mendidih
Masukkan loyang dalam kukusan & kukus dengan api sederhana selama 30min.
Angkat & sejukkan sebelum potong
Monday, 8 September 2014
Tips untuk anak yang lambat bercakap
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..
Hari ni tak nak bercerita tentang resipi, tips baking @ apa sahaja berkaitan makanan tetapi terasa nak berkongsi sedikit ilmu yang saya baca di internet mengenai petua terbaik yang boleh diamalkan oleh ibu bapa yang risaukan anak mereka yang lambat dapat bercakap walaupun umurnya sudahpun 2 tahun lebih.
Caranya mudah sahaja. Bacakan surah al-fatihah & doa di bawah ini pada madu & sapukan madu tersebut di bawah lidah kanak-kanak tersebut. InsyaAllah sentiasa amalkan sehingga berjaya.
Saturday, 6 September 2014
Figemmo Rainbow Cookies
Assalamualaikum & salam buat semua..
Hari ni saya seronok sekali bermain dengan warna-warna pelangi yang cukup ceria. Semoga hari-hari mendatang juga akan seceria sang pelangi..hehehe..
Ketika membuat biskut ini, si adik tengah lena. Memang dah plan nak buat bila dia tido sebab dah tahu kanak-kanak pasti tertarik dengan warna ni. Nampak je dia lelap terus saya buat ingatkan si abang tak minat rupa-rupanya Amir pun minat jugak. Sepanjang proses pipe hingga cookies masak dia sanggup tunggu umminya buat. Asyik mintak nak tolong buat je. Masak je terus terkam..hehehe.. Nasib baik dapat banyak jugak. Resipinya saya gunakan je yang ada di internet ni. Memang sedap. Cubalah untuk yang rajin. Tapi kalau malas boleh je order dengan saya.. ;-)
Bahan:
250gm butter
175gm gula castor
50gm tepung jagung
1/4tsp emplex
100gm putih telur (+- 3biji)
200gm gandum
Cara:
- Ayak gandum, tepung jagung & emplex
- Putar butter & gula hingga kembang
- Masukkan putih telur. Putar lagi.
- Masukkan tepung (kaup balik) dgn spatula
- Bahagi kepada 6 bahagian utk 6 warna pelangi (merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu)
- Masukkan dlm plastik piping & pipe atas adunan
- Bakar 160celcius selama 15min
Tuesday, 2 September 2014
Teknik tampalan Edible Image di kek
Assalamualaikum & salam buat semua pembaca blog Figemmo. Beribu kemaafan dipinta kerana sudah bersawang blog ni tanpa sebarang update. Pelbagai persiapan dilakukan dalam usaha menjadi full time baker ni tambahan lagi saya sedang membina 2 jenama produk bakery iaitu Figemmo & Baking Queen (JV bersama sahabat saya Catriona Ross).
Alhamdulillah baru sekarang dapat meluangkan kembali masa untuk berkongsi info dengan sahabat semua. Rindu teramat sangat sebenarnya untuk blogging ni.
Hari ini saya nak berkongsi sedikit teknik tampalan edible image pada kek. Jangan sesekali kita menampal terus edible image di atas frosting kek kerana kebarangkalian untuk edible image tu berkedut & berfelembung adalah sangat tinggi terutamanya edible image yang besar.
Untuk mendapatkan tampalan yang kemas dan cantik, kita perlu meletakkan white chogolate yang telah dicairkan secara double boiler di sebelah belakang edible image tersebut. Ratakan white chocolate di seluruh imej & tunggu sehingga ia mengering. Boleh diletakkan di dalam peti sebentar untuk mempercepatkan proses pengeringan. Ok..selamat mencuba ya!! Ini contoh kek edible image yang saya buat.. :-)
Friday, 21 February 2014
Tips Menyediakan Akaun Ringkas Perniagaan Kecil
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua. Pasti semua sedia maklum yang pengurusan perakaunan untuk sesebuah perniagaan walaupun perniagaan kecil adalah sangat penting. Hanya melalui rekod perakaunan ini kita dapat mengetahui prestasi & kesihatan perniagaan kita. Melalui akaun jugalah kita mampu merancang & memperbaiki perniagaan kita untuk kembali ke tahap yang lebih sihat.
Untuk perniagaan kecil seseorang itu tidak perlu mempunyai ijazah @ kebolehan pun dalam menyediakan rekod perakaunan. Hari ini saya nak kongsikan ilmu yang saya belajar dengan semua terutamanya bagi mereka yang baru berjinak dalam perniagaan tidak kiralah perniagaan apa sekali pun. Perniagaan kecil biasanya transaksi hanyalah melalui tunai.
(1) Membuka akaun perniagaan di bank. Jangan sesekali mencampurkan duit perniagaan & duit peribadi. Jangan menyimpan petty cash yang banyak sebaliknya banyakkan transaksi di dalam akaun perniagaan kita. Akaun ini juga adalah penting sekiranya kita ingin membuat sebarang pinjaman perniagaan (Notes: Sebaiknya modal gunakan simpanan yang ada & jangan meminjam). Failkan penyata bulanan bank.
(2) Rekodkan kos inventory/ belian bahan mentah @ bahan siap untuk dijual kedalam satu jadual (cth: excel). Apa yang perlu ada dalam jadual tersebut adalah tarikh, item, kuantiti, harga & nama penjual. Segala resit belian haruslah difailkan untuk rujukan.
(3) Rekodkan jualan ke dalam jadual ke-2. Apa yang perlu ada dalam jadual adalah tarikh, item, kuantiti, harga, diskaun (jika ada), pembeli. Resit jualan juga perlu difailkan untuk rujukan.
(5) Rekod Ambilan/ Modal. Masing-masing di dalam jadual ke-4 & ke-5. Ambilan adalah apabila kita mengambil barang niaga/stok untuk kegunaan sendiri manakala modal pula adalah apabila kita menggunakan barangan peribadi ke dalam perniagaan kita. Semua ini perlu direkodkan. Jangan sesekali mengambil mudah tentang hal ini.
Diharap ilmu ini dapat memberi manfaat buat kita semua dala menjalankan perniagaan kita.
Thursday, 6 February 2014
Tips Kek Masak
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua. Hari ni saya ingin kongsikan tips ringkas bagaimana untuk kita mengetahui kek yang dimasak samada secara bakar atau kukus telah pun masak. Terdapat 2 cara yang boleh diguna pakai.
(1) Salah satunya dengan menggunakan lidi atau cake tester. Cucuk lidi atau tester tersebut sehingga ke bawah dan tarik. Sekiranya lidi atau tester tersebut bersih itu bermakna kek kita telah pun masak sebaliknya sekiranya masih terdapat sisa kek yang melekat, maknanya kek kita belum masak sepenuhnya.
(2) Untuk kek span kita boleh menekan permukaan kek dengan jari kita. Sekiranya kek kembali ke keadaan asalnya tanpa meninggalkan kesan tekanan tersebut, itu bermakna kek span kita telah pun masak.
gambar: ihsan google
Wednesday, 5 February 2014
Baking Sepenuh Masa
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua. Bermula hari ini secara rasminya saya telah menjadi baker sepenuh masa. Saya ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang yang amat saya minati ini. Di harap sahabat2 semua dapat mendoakan kejayaan saya di bidang ini & menyokong saya sepenuhnya. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada suami saya yang memahami minat saya ini dan telah mengizinkan saya untuk meletakkan jawatan sebagai eksekutif akaun. Peluang yang diberikan ini akan saya manfaatkan sepenuhnya InsyaAllah..
Monday, 20 January 2014
Tips Ringkas Cara Memotong Kek
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua. Hari ni saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana memastikan kek yang dipotong dalam keadaan cantik & tidak comot. Pastikan:
- pisau yang digunakan tajam
- panaskan mata pisau diatas api sebentar
- caranya tekan pisau dari atas ke bawah
- bila mencecah dasar kek barulah ditarik pisau keluar daripada kek
- pisau yang digunakan tajam
- panaskan mata pisau diatas api sebentar
- caranya tekan pisau dari atas ke bawah
- bila mencecah dasar kek barulah ditarik pisau keluar daripada kek
Subscribe to:
Posts (Atom)