Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat kesayangan sekalian. Posting kali ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk tetapi sekadar berkongsi pengalaman sendiri. Sebelum ini saya seorang yang sangat berkira dalam memberi sesuatu kepada orang lain tetapi selepas menghadiri majlis2 ilmu, melalui pembacaan & mendengar sendiri cerita2 dari mereka yang berjaya, perspektif sedekah/menderma telah bertukar dalam diari hidup saya. Saya mula senang dan mudah untuk mengeluarkan derma sekiranya ada yang datang meminta / memasukkan derma ke dalam tabung2 masjid. Alhamdulillah saya sendiri bersyukur sangat2 dengan perubahan dalam hidup saya ini. Hasilnya memang tidak dapat dinafikan dapat dilihat dengan serta-merta / tempoh masa yang singkat sahaja, rezeki datang berganda-ganda dari arah yang sememangnya tidak dijangka. Sungguh besar kebesaran Allah itu sahabat2 sekalian. Tak terucap dengan kata2. Sesungguhnya janji Allah itu benar belaka. Amin.
No comments:
Post a Comment