Thursday, 14 November 2013

Tips Menghasilkan Biskut @ Cookies Terbaik

Assalamualaikum & salam sejahtera buat sahabat2 semua. Sebelum ini ramai yang bertanya saya macam mana saya menghasilkan biskut chocolate chips Figemmo saya yang rangup & lazat. Hari ini saya ingin berkongsi 5 tips penting bagi menghasilkan cookies/biskut terbaik. 

(1) Pilih bahan yang berkualiti
- Bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam adunan hendaklah berkualiti tinggi. Contohnya gunakan mentega daripada menggunakan majerin kerana mentega mengandungi lemak yang tinggi berbanding majerin. Majerin yang tidak berlemak tinggi mengandungi air yang tinggi yang boleh membuatkan adunan terlampau lembap & lembik. Gunakan esen vanila daripada menggunakan perisa vanila tiruan. Sebenarnya vanila inilah salah satu jiwa kepada biskut tersebut. Untuk biskut yang berkacang, pastikan kacang dimasukkan paling akhir untuk memastikannya rangup. Sebaliknya jika kacang tersebut dicincang & dimasukkan bersama tepung, adunan ini akan menyerap minyak kacang tersebut.

(2) Pemilihan Tepung
- Sekiranya vanila adalah diibaratkan sebagai jiwa kepada biskut, tepung pula adalah nyawanya. Jenis & kandungan tepung di dalam adunan sangat memberi kesan kepada struktur & rupa biskut yang terhasil. Tepung berprotein tinggi akan menyerap kelembapan adunan & menjadikan adunan kering & menghasilkan biskut yang keras.

(3) Sukatan & Campuran Bahan
- Sukatan bahan hendaklah tepat. Gunakan alat yang betul semasa menyukat bahan pepejal & juga cecair. Gunakan penimbang digital untuk ketepatan timbangan. Semasa mencampurkan bahan pula, jangan diadun terlampau lama tetapi sekadar sehingga adunan sekata & berkrim sahaja. Untuk chocolate chips & kekacang masukkan di akhir penyediaan adunan & sekadar menggaulnya sedikit sahaja.

(4) Sejukkan Adunan Sebelum Dibakar
- Untuk mendapatkan biskut yang rangup, pastikan sahabat semua tidak terus membentuknya sebaik sahaja adunan siap disediakan. Sebaliknya simpan sebentar dalam 15-20 minit adunan tersebut di dalam peti. Sekiranya terasa malas untuk meneruskan, adunan ini boleh terus disimpan di dalam peti terlebih dahulu sehingga semalaman. Adunan boleh di simpan di dalam peti & mampu bertahan selama 3 bulan. Semasa di dalam peti protein di dalam tepung akan menyerap cecair di dalam adunan menjadikan biskut lebih rangup selepas di bakar.

(5) Sejukkan & Simpan di dalam bekas kedap udara
- Akhir sekali setelah dibakar, sejukkan dahulu biskut tersebut sebaik sahaja di keluarkan daripada oven. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara. Jika biskut masih lagi panas atau suam tetapi terus disimpan ini akan menyebakan biskut tersebut menjadi lembik atau lemau & tidak rangup. Pastikan biskut betul2 sejuk sebelum disimpan & jangan dicampurkan biskut yang berlainan jenis ke dalam satu bekas yang sama.

Harap tips2 ini dapat membantu sahabat2 semua menghasilkan biskut yang terbaik. Sekiranya sahabat2 ada tips2 lain harap sudi dikongsikan bersama.. :) Salam sayang dari saya...



No comments:

Post a Comment