Wednesday, 27 November 2013

Teknik Menghasilkan Cream Puff Yang Cantik

Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari ini saya nak kongsikan bagaimana cara menghasilkan creampuff yang cantik & lembut. Petuanya mudah sahaja iaitu memastikan sukatan yang betul untuk semua bahan. Creampuff sepatutnya mengembang, berongga di dalamnya, kering dan ringan. 

Pastikan ketika membancuh tepung dengan cecair (mentega & air), mentega dah pun mencair sepenuhnya dan sudah mendidih. Kacau sehala sehingga doh tidak melekat pada periuk.

Pindahkan adunan dalam periuk tadi ke dalam mixer & pastikan ianya sejuk terlebih dahulu sebelum diputar & dimasukkan telur satu persatu ke dalamnya. Telur inilah yang membantu creampuff untuk naik dan membentuk rongga di dalamnya. 

Paipkan adunan & renjiskan sedikit air pada choux pastry ini. Fungsinya untuk menghasilkan wap air untuk membentuk rongga pada pastry.

Kemudian boleh lah dibakar dalam oven dengan suhu 200'C selama 25min.

Inilah hasilnya...tadaaaaa...

Sunday, 24 November 2013

Rahsia Kejayaan Pengasas Secret Recipe

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua. Kali ni saya terpanggil utk berkongsi sedikit artikel yang saya baca mengenai kejayaan brand Secret Recipe. Semoga menjadi pencetus semangat buat kita semua. Juga semoga brand Figemmo dapat mengikut jejak langkahnya...

*************
MENAUNGI kira-kira 3000 pekerja di seluruh negara - 95 peratus rakyat tempatan, selebihnya dari negara jiran. Lebih menarik lagi 98 peratus daripada keseluruhan pekerjanya Melayu beragama Islam. Angka itu membuatkan keterujaan mahu menyelongkar di sebalik nama Datuk Steven Sim meluap-luap. Tidak banyak tulisan mengenainya sedangkan jenama Secret Recipe yang diasaskan beliau membina nama ke peringkat antarabangsa. Secret Recipe lebih menonjol daripada tuannya - kesempatan bersembang dua jam dengan Steven cukup untuk menjawab perbandingan tersebut.

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu hakikatnya amat merendah diri. Prinsip hidupnya antara lain jangan tamak. ''Kita dilahirkan kosong, bila mati pun tak bawa apa-apa,'' kata anak bongsu lapan beradik yang mengkategorikan kehidupan masa kecilnya susah. Suasana kampung sarat dengan kekurangan menjadikan Steven manusia kreatif. Semua permainan dibuat sendiri. Jika budak-budak lain membuat wau biasa, Steven menambah nilai misalnya memastikan wau hasil tangannya mempunyai bunyi berdengung. Untuk bermain hoki pelepah kelapa 'dikemaskan' manakala biji getah digosok hingga licin sehingga ada rakan tertarik lalu membelinya selain aktiviti menangkap ikan yang kemudiannya juga menjadi hasil jualan.

Majoriti rakan Steven berbangsa Melayu sementelah dia sendiri membesar di perkampungan Melayu. Hubungan dengan jiran biar berbeza bangsa sangat rapat, manakala di kalangan rakan-rakan tidak pernah berbangkit soal tidak boleh bermain bersama semata-mata kerana 'aku Melayu dan engkau Cina'.

Mengakui dilahirkan dengan bakat berniaga, bagi Steven jiwa keusahawanan bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari atau boleh dibuat-buat. Sebagai anak bongsu dia sering mempertahankan haknya, lantang meluahkan perasaan. ''Anak bongsu biasalah abang-abang suka mengusik, buli. Tetapi saya ada keberanian untuk bersuara,'' katanya.

Pernah bercita-cita mahu menjadi Pereka Hiasan Dalaman, namun siapa sangka rezeki Steven melimpah-ruah dalam bidang perniagaan makanan. Itu pun bukan pekerjaan pertamanya. Dia pernah berkhidmat dengan syarikat antarabangsa dalam bidang pemasaran dan jenama khusus menyelia rangkaian pejabat di negara-negara Asia Pasifik. Banyak yang dipelajari terutamanya apabila berpeluang melawat pelbagai negara sepanjang kariernya itu. Steven gemar melancong namun dia tidak mahu pulang kosong. Dia menjadi pemerhati kepada gaya hidup masyarakat di negara yang dilawatinya. Setiap persoalan seperti mengapa penduduk Dubai makan lewat malam, penduduk Australia cepat menghabiskan kerja dianalisis dan dicari jawapan.

Ditanya bagaimana Secret Recipe bermula, Steven mengimbas kenangan kira-kira 14 tahun lalu di mana dia dan tiga anak saudaranya memulakan perniagaan kek dan kopi menggunakan konsep baru. ''Ketika itu saya merasakan ada sesuatu yang kurang dalam perniagaan makanan di negara kita. Kita ada fine dining di hotel-hotel, manakala kedai makan biasa selalunya serba ringkas dan kurang menjaga kebersihan.

''Tidak ada casual dining di mana kita boleh menikmati hidangan sambil bersantai dalam suasana yang menarik dengan harga makanan tidak terlalu mahal,'' katanya.

Dari situ bermulalah premis pertama Secret Recipe di SS2 Petaling Jaya. Anak tangga pertama tidak mudah didaki lantaran tiada siapa tahu tentang jenama itu. Oleh kerana tidak cukup modal untuk mengiklankan tentang outlet pertama, Steven melakukan pemasaran sendiri menawarkan kopi percuma. Ternyata ada perkembangan positif, daripada menikmati kopi percuma pelanggan mencuba pula kek-kek yang dijual di situ. Steven tidak lupa pengalaman yang mendedahkan Secret Recipe kepada dunia sebenar. Seorang wartawan dari majalah KL Vision mencuba kek kejunya dan mencadangkan supaya dia menyertai pertandingan kek keju tahunan. Apabila tiba hari pertandingan Steven langsung tidak membuat persiapan kerana terlupa tarikh yang dimaklumkan kepadanya. Dia cuma menghantar kek keju biasa dan tidak menaruh harapan untuk menang. ''Semasa itu peserta terdiri daripada chef-chef hotel terkenal, sedangkan Secret Recipe tak ada siapa pun yang kenal, hakim-hakim pun tak tahu tentang kami,'' katanya tidak menyangka ketika itu kek keju Secret Recipe memenangi Grand Champion. Selepas itu anugerah yang diterima Secret Recipe tidak terhitung. Terlalu banyak dan pelbagai sehingga memupuk kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap jenama tersebut.

Ditanya tentang nama Secret Recipe, Steven berkongsi cerita. Katanya, dia sememangnya seorang yang suka bekerja. Otaknya juga tidak berhenti bekerja walaupun ketika tidur. Lebih menarik lagi, di sisi katilnya mesti ada kertas dan pen. Tangannya akan menulis apa yang tercetus semasa tidur. Itu keistimewaan bapa kepada lima anak itu. Dia memberitahu nama Secret Recipe diperoleh semasa di Hong Kong. Seperti biasa bangkit daripada tidur dia membelek kertas kecil di meja sisi dan perkataan Secret Recipe tertera di situ.

Perkembangan Secret Recipe yang memberangsangkan memberi idea kepada Steven untuk memfrancaiskan jenama tersebut. Bermula dengan saudara mara dan rakan-rakan rapat, Steven secara perlahan-lahan menyerahkan kepercayaan kepada sesiapa saja yang memenuhi kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe. Kini terdapat kira-kira 200 outlet di seluruh negara. Dia yang masih belum berpuas hati mahu mengembangkan jenama makanan Malaysia ke luar negara.

''Kita lihat masyarakat antarabangsa mudah mengenali makanan Thai, Jepun, Vietnam, China dan sebagainya tetapi makanan Malaysia sukar menembusi imej antarabangsa.

''Dari situ lahir keinginan saya untuk meneroka pasaran luar biar pun saya telah menjangkakan cabaran yang dihadapi bukan sedikit,'' katanya.

Steven berkongsi pengalaman memperkenalkan Secret Recipe di negara jiran Singapura. Hasrat membuka outlet di Orchard Road kecundang lantaran jenama Malaysia dipandang rendah. Tidak berputus asa dia mencuba di kawasan lain di republik itu ternyata sambutan yang diterima amat menggalakkan. Tatkala berjaya mencipta nama di situ, Steven ditawarkan ruang perniagaan di Orchard Road. Tidak terhenti di situ, dua kali dia didatangi pihak pelaburan Singapura mencadangkan supaya ibu pejabat Secret Recipe dipindahkan ke negara itu. Pelbagai tawaran menarik turut mengiringi jemputan tersebut. Namun jati diri anak Kelantan itu ternyata kukuh, tidak mudah terpesona dengan tawaran yang sememangnya tidak diperoleh di negara sendiri.

Kini dengan pasaran menjangkau ke China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia dan beberapa negara lagi, percaturan Steven bersama tiga anak saudaranya pada tahun 1997 untuk mengangkat jenama Malaysia ternyata tidak silap. Dia juga bersungguh-sungguh memastikan jenama Malaysia itu membawa sijil Halal biar di mana saja ia dibuka lantaran percaya industri makanan halal amat luas untuk diteroka. Umat Islam ada di mana saja untuk menikmatinya selain orang bukan Islam yang juga percaya kepada kebersihan produk Secret Recipe selain kualiti hidangan yang disajikan.






Sumber: Utusan Malaysia 25 April 2011






Saturday, 16 November 2013

Selamat Bercuti Buat Guru-guru

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia buat semua...hari ni bermula la cuti akhir tahun buat teman yang bertugas sebagai guru & budak2 sekolah. Bestnya la kan! Guna la masa yang ada ini sebaik mungkin bersama keluarga & orang2 tersayang ye! Manfaat kannya sebaik mungkin selagi ada masa...jangan kelak menyesal pulak... peringatan untuk diri sendiri juga yang selalu je sibuk..huhu..


Thursday, 14 November 2013

Tips Menghasilkan Biskut @ Cookies Terbaik

Assalamualaikum & salam sejahtera buat sahabat2 semua. Sebelum ini ramai yang bertanya saya macam mana saya menghasilkan biskut chocolate chips Figemmo saya yang rangup & lazat. Hari ini saya ingin berkongsi 5 tips penting bagi menghasilkan cookies/biskut terbaik. 

(1) Pilih bahan yang berkualiti
- Bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam adunan hendaklah berkualiti tinggi. Contohnya gunakan mentega daripada menggunakan majerin kerana mentega mengandungi lemak yang tinggi berbanding majerin. Majerin yang tidak berlemak tinggi mengandungi air yang tinggi yang boleh membuatkan adunan terlampau lembap & lembik. Gunakan esen vanila daripada menggunakan perisa vanila tiruan. Sebenarnya vanila inilah salah satu jiwa kepada biskut tersebut. Untuk biskut yang berkacang, pastikan kacang dimasukkan paling akhir untuk memastikannya rangup. Sebaliknya jika kacang tersebut dicincang & dimasukkan bersama tepung, adunan ini akan menyerap minyak kacang tersebut.

(2) Pemilihan Tepung
- Sekiranya vanila adalah diibaratkan sebagai jiwa kepada biskut, tepung pula adalah nyawanya. Jenis & kandungan tepung di dalam adunan sangat memberi kesan kepada struktur & rupa biskut yang terhasil. Tepung berprotein tinggi akan menyerap kelembapan adunan & menjadikan adunan kering & menghasilkan biskut yang keras.

(3) Sukatan & Campuran Bahan
- Sukatan bahan hendaklah tepat. Gunakan alat yang betul semasa menyukat bahan pepejal & juga cecair. Gunakan penimbang digital untuk ketepatan timbangan. Semasa mencampurkan bahan pula, jangan diadun terlampau lama tetapi sekadar sehingga adunan sekata & berkrim sahaja. Untuk chocolate chips & kekacang masukkan di akhir penyediaan adunan & sekadar menggaulnya sedikit sahaja.

(4) Sejukkan Adunan Sebelum Dibakar
- Untuk mendapatkan biskut yang rangup, pastikan sahabat semua tidak terus membentuknya sebaik sahaja adunan siap disediakan. Sebaliknya simpan sebentar dalam 15-20 minit adunan tersebut di dalam peti. Sekiranya terasa malas untuk meneruskan, adunan ini boleh terus disimpan di dalam peti terlebih dahulu sehingga semalaman. Adunan boleh di simpan di dalam peti & mampu bertahan selama 3 bulan. Semasa di dalam peti protein di dalam tepung akan menyerap cecair di dalam adunan menjadikan biskut lebih rangup selepas di bakar.

(5) Sejukkan & Simpan di dalam bekas kedap udara
- Akhir sekali setelah dibakar, sejukkan dahulu biskut tersebut sebaik sahaja di keluarkan daripada oven. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara. Jika biskut masih lagi panas atau suam tetapi terus disimpan ini akan menyebakan biskut tersebut menjadi lembik atau lemau & tidak rangup. Pastikan biskut betul2 sejuk sebelum disimpan & jangan dicampurkan biskut yang berlainan jenis ke dalam satu bekas yang sama.

Harap tips2 ini dapat membantu sahabat2 semua menghasilkan biskut yang terbaik. Sekiranya sahabat2 ada tips2 lain harap sudi dikongsikan bersama.. :) Salam sayang dari saya...



Tuesday, 12 November 2013

Fungsi cuka di dalam kek

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat kesayangan semua..hari ni just nak share sedikit tips ringkas. Kebanyakan resipi kek kita akan dapati mereka akan memasukkan sedikit cuka ke dalam adunan. Sahabat semua tidak perlulah risau kerana cuka ini tidak akan terasa pun bila di makan. Fungsinya hanyalah untuk memastikan kek naik cantik & sekata serta tidak melimpah keluar daripada loyang..OK, semoga bertemu lagi.. :) 

Wednesday, 6 November 2013

Resipi Kek Span Coklat

Assalamualaikum semua. Kek span adalah paling penting kerana daripada kek span kita boleh membuat pelbagai jenis kek. Ia merupakan asas dalam pembuatan kek. Di sini saya ingin kongsikan resipi kek span coklat:

Bahan2:
200gm tepung superfine
50gm serbuk koko
25gm ovalette
350gm telur (6 biji telur A)
250gm gula kastor
100ml air @ susu uht
1/2 sudu teh emulco coklat
110gm mentega cair @ minyak masak

Cara membuatnya:
- satukan gula, ovalette, telur, tepung & serbuk penaik
- pukul kelajuan perlahan untuk sebatikan adunan & tukar kelajuan tinggi selama 8 minit hingga adunan kembang dan gebu
- air/susu dan emulco coklat disatukan dan dituang ke dalam adunan. Masukkan koko dan pukul lagi selama 3 minit kelajuan sederhana
- tuangkan mentega atau minyak masak dan gaul perlahan hingga sebati
- tuang dalam tin pembakar 9 inci dan bakar hingga masak selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Nota: Terbalikkan kek apabila masak supaya permukaan kek tidak mendap.


Tuesday, 5 November 2013

Tips Asas Baking

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...bertemu kembali kita di tahun baru 1435H ini...semoga tahun baru ini membawa 1001 kejayaan, kebaikan, kesihatan & kekayaan utk kita semua...InsyaAllah. Kali ini saya ingin berkongsi tips paling asas dalam baking. Antaranya:

(1) Telur
Belilah di pasar basah / pasar malam untuk mendapatkan telur yang segar. Ini kerana ramai yang membeli di pasar di bandingkan di kedai2 runcit. Belilah telur gred A untuk membuat kek tetapi jangan gunakan telur yang besar untuk membuat biskut kerana khuatir terlebih cair mengakibatkan kita menambah tepung yang akhirnya menyebabkan adunan kita keras.

(2) Mentega
Pastikan berada pada suhu bilik. Jangan gunakan mentega yang keras. Mentega yang keras perlu dipikul dengan lebih kuat dan sekiranya terlebih pukul boleh menyebabkan ianya berminyak. Mentega yang berminyak akan mengakibatkan biskut bantat.

(3) Keadaan Oven
Hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum kek/biskut dimasukkan ke dalam oven. Loyang hendaklah di letakkan di tengah2 oven & menggunakan suhu seperti yang tercatat pada resipi. Gunakan api atas & bawah untuk memastikan kek & biskut masak rata.

(4)  Menyimpan Kek & Biskut
Pastikan kek dan biskut betul2 sejuk sebelum disimpan. Untuk biskut, simpanlah didalam bekas kedap udara & ditaburkan sedikit gula pasir kasar untuk memastikannya kekal garing. Kek pula perlu disimpan di dalam peti sejuk.




Friday, 1 November 2013

Rahsia Sedekah

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat kesayangan sekalian. Posting kali ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk tetapi sekadar berkongsi pengalaman sendiri.  Sebelum ini saya seorang yang sangat berkira dalam memberi sesuatu kepada orang lain tetapi selepas menghadiri majlis2 ilmu, melalui pembacaan & mendengar sendiri cerita2 dari mereka yang berjaya, perspektif sedekah/menderma telah bertukar dalam diari hidup saya.  Saya mula senang dan mudah untuk mengeluarkan derma sekiranya ada yang datang meminta / memasukkan derma ke dalam tabung2 masjid.  Alhamdulillah saya sendiri bersyukur sangat2 dengan perubahan dalam hidup saya ini.  Hasilnya memang tidak dapat dinafikan dapat dilihat dengan serta-merta / tempoh masa yang singkat sahaja, rezeki datang berganda-ganda dari arah yang sememangnya tidak dijangka.  Sungguh besar kebesaran Allah itu sahabat2 sekalian.  Tak terucap dengan kata2. Sesungguhnya janji Allah itu benar belaka. Amin.


Tips Mudah Menjadi Pakar Baker

Sifir yang tersangat mudah untuk semua menjadi baker terbaik adalah dengan latihan...latihan...dan latihan. Apa sahaja yang kita lakukan, pertama kali memang sukar. Kali kedua ianya menjadi mudah dan seterusnya tersangat mudah. Begitu juga dengan bidang membuat kek/biskut ini.  Keep on practise dan lihatlah sendiri hasilnya. Dengan minat & semangat yang tinggi segalanya akan menjadi mudah... :) Tanamkan dalam otak segala yang positif nescaya perkara2 yang positif sahaja yang kita akan dapat.